BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 1, 2010

Perginya Seorang Permata

Din Beramboi (1966-2010)

Aku mulai dengan Al-Fatihah...

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ * ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
ٱلْعَـٰلَمِينَ * ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ * مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ *
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط
ٱلْمُسْتَقِيمَ * صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ
ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ


Pada tanggal 2/4/2010, aku menerima "mass pm" dari seorang teman tentang pemergian Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (1966-2010) akibat menghidap Dengue Shock Syndrome. Berita itu sangat-sangat mengejutkan setiap peminat arwah, termasuk aku..

Aku tak tau ape aku nak tulis dalam "post" ni..
Masih lagi dalam keadaan yang sangat "blur" dan terkejut dengan pemergian arwah..
Kehilangan arwah ni bagi aku adalah satu kehilangan besar di dalam arena komedi tanah air..
Pelawak yang tiada tolok bandingnya..

Kalau korang semua perasan, masa dalam salah satu episod Raja Lawak, arwah pernah menyatakan hasratnya untuk berhenti jadi Juruhebah Radio.. dan disahuti dengan lawak Afdlin Shauki yang ingin menggantikan tempat arwah.. Kenyataan arwah itu seolah-olah tahu bahawa saat pemergiannya hampir tiba..

Aku cuma mampu berdoa dan mengharapkan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg soleh dan beriman..

Gonna miss all his jokes..