BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 31, 2010

Buah Hatiku






Ni la antara buah-buah hati aku kat rumah..
Tanpa diorang semua, aku mesti kan gelisah jea..
Aku sayang sgt2 kat diorang ni..
Hehehe..

Rokok


Ni lah salah satu benda yg aku x dapat lagi tinggalkan..
Walaupun dah bermacam-macam cara aku cuba..
Makan gula-gula, makan "chewing gum" berhenti merokok, itu la, ini la.. Masih lagi aku ketagih akannya..

Bukan aku tak tahu bahaya & bahananya akibat dari hobi kesukaan aku ni.. Cumanya aku belum bersedia.. Celik je mata.. Dia la aku cari dulu.. Huhuhuh

Ni baru sebahagian kecil "ashtray" yang ada dalam bilik aku... Yg lain-lain aku tak nak ambil "pic".. Sebab aku sendiri kadang-kadang rasa ngeri bila tengok jumlah putung-putung rokok yg ada dalam tu.. Ahaks~

Aku harap sgt dapat berhenti merokok ni.. Aku rasa.. Duit yg aku habiskan kat rokok ni, dah cukup tuk buat belanja kahwin kot? Hehehe :P

Rokok... Kalaulah aku dapat tinggalkan diri kau.. Pasti hidupku lebih bermakna. Ahaks~ :)

Perjumpaan PEMUDA


Sedang aku tgh dilamun mimpi nan indah..
Aku pun tak perasan dah berpuluh "panggilan rindu" n SMS dari Wak aku terima..
Lepas sedar baru aku call Wak balik..

"Assalammualaikum Wak.. Sorry2 aku x perasan la phone bunyi tadi.. Ter"silent" ", alasanku semata padahal aku baru bangun tido.. Hahaha

"Xpe wan malam ni ko datang ea.. ajak kawan-kawan semua tau", kata Wak..

"Okay2 malam ni aku sampai Wak.. Pukul berapa aku nak dtg ni??"

"Pukul 8 malam cantik la.. Tolong-tolong semua"

"Okay2 nanti ape2 aku roger ko wak"

Aku sebenarnya dah kecik hati nak join perjumpaan-perjumpaan ni..
Bila khidmat aku & kawan-kawan diperlukan, mula lah sibuk si Ketua mencari korum nak memeriahkan majlis..
Bila x ada apa2 "function", kitorang ni dipinggirkan semata..
Kalau jumpa pun, sekadar angkat tangan.. Pemimpin jenis apakah ini?
Mujur ada Wak yg sentiasa cool dalam menenangkan situasi..
Thumbs up to Wak.. kau mmg Exco yg bagus..

Ada sekali aku mengadu dgn Wak tentang si Ketua ni..
Yang hanya mencari kami bila waktu dia memerlukan khidmat kami..
Kata Wak, malam ni akan dibincangkan sekali isu ini..
Tapi aku macam dah dapat tangkap dah apa kesudahannya..
Kesudahannya, kami la yg akan dipersalahkan..
Kononnya kami x ambil "port" dengan segala aktiviti..
Kurang semangat dalam perjuangan..

Dimana peranan sebagai pemimpin??
Adakah anak buah perlu utk jadi pak sanggup kepada si Ketua??
Sedangkan si Ketua harus sedar.. Kalau x kerana anak-anak buah ni la yang menyokong dia..
Tak kemana anda wahai si Ketua..
Kami tak minta balasan, penghargaan utk segala apa yg kami buat..
Hanya perhatian.. Ambil beratlah tentang kami..
Jangan hanya pentingkan diri..
Tak kemana anda nanti..

Aku dgn penuh sabar menanti jam 8 malam ni..
Pelbagai persoalan aku ku "bom" kan pada si Ketua ini..
Bukan utk jadi hero..
Tapi utk membetulkan apa yg patut diperbetulkan..

- To be continued -

Tuesday, March 30, 2010

Sayang?


Apa maksud sayang tu?
Sekadar kata-kata tuk diungkap ketika bosan?
Mencari perhatian?
Ni adalah takrifan sayang yang aku dapat dari Kamus Dewan Online..


1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan ber­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~.

Tapi tak ada 1 definisi pun di dalam takrifan ni, yang mengatakan sayang tu hanya tuk sementara..
So, selama ni sayang yang aku dapat.. hanya 1 ungkapan semata-mata..
Hahaha.. Nasib nasib..
Nasihat aku..berhentilah guna perkataan sayang tu, andai tiada rasa seperti itu dalam diri..
Jangan pernah sayangi seseorang... Untuk sesuatu yang objektif..
Selamilah perkataan sayang tu.. untuk sesuatu yang subjektif..
Sekian..

Monday, March 29, 2010

Perpisahan?


Sedang aku leka mencari idea bersama si dia tuk kali pertama aku menjelajah ke alam "blogging" ni..
Aku dikejutkan dgn SMS dari seseorang..
berteraskan perpisahan...
Aku tak rasa terkejut dengan apa yg jadi..
Sebab aku dah kongsikan dengan seseorang, yang perkara ni pastikan jadi pada aku..
So, bermakna "sense" aku betul..
Haha.. nasib nasib..
Tapi aku x kisah sgt..
As long si dia still ada dengan aku.. walau ape pun nama "relationship" kami..
Aku kan tetap tenang n tegar hadapi segala yg jadi...




Dengan lafaz Bismillah...

Assalammualaikum...

ini lah kali pertama aku baru nak belajar "blogging". Selalu sebelum-sebelum ni aku hanya mentelaah blog-blog orang, tuk tgk luahan rasa. So kali ni, aku kan bercerita tentang apa yg aku lalui setiap hari (kalau kerajinan tu dtg sentiasa la) Hehehe.. So, enjoy all my posting in my blog..
Maaflah kalau ada terkhilaf bahasa dalam post-post aku akan-akan datang..

Ada something aku nak share dgn korang... Tentang nama.. Credit to Nur for giving me this link. http://name.crazyartzone.com , dan inilah hasil nama samaran aku.. Hahahahahaha


RASTA
RRamah
AAmanah
SSuci
TTulus
AAlim
Apa ada pada nama?